" F l o w e r "

flower
WELCOME TO MY LITTLE BLOG. Dashboard | +Follow


Hai Welcome Here


" Somedays I just have to create My own sunshines :) "

We can chatting here





KEMANAKAH KAU MENGHILANG =(}
Tuesday, September 6, 2011 | 9/06/2011 08:04:00 AM | 0Comment

Di petang yang sepi, ketika aku pulang dari kerja..apabila aku melangkah ke bilik ku..mata aku tertumpu pada satu rak yang dipenuhi buku2,,penuh dengan barang make-up,,penuh dengan frame2 gambar,,penuh dengan hiasan..dan mata ku tertumpu pada satu sudut kecil di rak yang menempatkan majalah sekolah yang sudah lama dibiarkan…tangan aku menggapai semua majalah sekolah yang aku miliki dan cuba untuk membuka sehelai demi sehelai karya yang ada pada setiap mukasurat…helai demi helai aku buka dan akhirnya sampai ke penghujung helai..mata aku mula tertancap pada satu keping gambar yang tertera pada majalah sekolah…aku lihat di sebelah ruangan gambar yang menempatkan nama setiap kelas,,aku terhenti pada ruangan gambar yang tertulis 4PKA3..seorang demi seorang aku perhatikan kawan2 aku,,fikiran aku mula ligat untuk mengeluarkan semua kenangan yang ada yang selalu bersemadi dalam minda aku di dalam hati aku..aku tersenyum melihat semua gambar kawan2 yang ada,dan teringat gelagat mereka apabila bersama..Lamunan aku terhenti apabila aku tersedar,mata aku tertumpu pada satu wajah..seorang kawan yang makin lama makin hilang dalam bayangan..kelopak mata aku mula bergenang dengan airmata…hati aku bagai ditusuk dengan pelbagai persoalan?? Fikiran aku mula untuk memberi seribu alasan,,memberi seribu jawapan untuk menenangkan hati aku…Aku mencari satu album yang menempatkan semua kenangan gambar yang ada..akhirnya aku dapat satu album yang sederhana besar berwarna coklat yang sudah berhabuk..aku membukanya,,aku terjumpa satu keping gambar yang melekat di tangan aku,sebuah keluarga yang lengkap..baru aku teringat nie gambar yang kau penah bagi kepadaku sewaktu dahulu,,gambar family kau,,gambar adik beradik kau…yang aku tahu saat tu hati aku meruntun pilu…apa yang perlu aku buat lagi??


Kau yang bernama..MUHD HASREE BIN SUZAINI…



Aku harap kau dengar apa yang ingin aku luahkan…..walaupun kau tidak dapat membacanya….
Kau di mana,,kau tahu tak aku dah buntu nak cari kau dimana,,aku dah kehilangan nombor telefon kau,,aku sampai dah give up nak cari kau lagi,,kenapa kau tak pernah lagi muncul?? Kenapa kau diam tanpa khabar berita,,kenapa kau pindah tanpa bagitahu…dimana aku hendak cari kau lagi hasree?? Kat mana??? Aku dah hilang arah nak cari kau dimana,,aku cuba search FB andai kau ada akaun Fb,,tapi aku dah cuba banyak kali tapi kau tiada,,aku setiap kali balik kerja atau balik rumah aku mencari kau disebalik tingkap atas rumah aku samada kau ada lagi,,tapi sia2 kau tak pernah muncul lagi…..

HASREE,,segala kenangan yang ada dengan kau,,akan aku pelihara di dalam hati aku..
kau ingat masa kita form 4 kita dalam satu kelas yang sama..kau seorang yang pandai subjek LK tapi masa tu aku bodoh,,aku tak  tahu,,kau ada ajar aku bagaimana caranya nak melukis…kita salu lepak kat belakangkan sambil sembang2 buat LK..dalam kelas kau duduk di belakang sekali sebelah tingkap..kau pernah cerita kat aku,,kau paling tak suka subjek addmath sebab nombor2 memeningkan kepala kau…aku rindukan kau jadi penghantar surat kepada abg angkat aku..kau tak pernah tinggal satu pun surat yang aku suruh antarkan,,walaupunpun,kadangkala nya kau lambat…aku suka bila kau sentiasa pnggil  setiap pagi beritahu “kecik ade surat untuk ko,,nah! Nie abg angkat ko kasi”… kau tak pernah merungut kan..aku kesian kat kau..Ade selalunya kau antar surat dan ada kalanya tiada surat…

Tapi dalam banyak2 surat yang kau kirim..ada satu hari masa tue kelas dah hampir nak bermula,kau kasi kat aku satu surat yang terlipat kemas dan tertulis diatas surat tersebut “jangan baca sekarang,sampai dorm baru baca”..aku pelik dan aku melihat diri kau di belakang tapi masa tu kau dah sibuk2 untuk belajar subjek seterusnya..aku pandang ke hadapan dan hanya menyimpan surat tersebut di kocek baju sekolahku..tapi hakikatnya,otak aku tertanya siapa kah pengirimnya sebab kau tidak bagi tahu siapa yang mengirimnya dan tidak tertulis nama pengirim..Sampai di dorm,aku tidak sabar untuk melihat isi kandungan surat misteri tersebut..aku membuka surat tersebut dan ayat diatas sekali tertulis bahawa setelah aku baca surat nie,,aku tidak boleh bagi tahu sesiapa baca surat nie dan membuang surat ini selepas di baca atau perlu disimpan dengan elok..Aku melarikan diri dan membacanya di hadapan loker pakaian aku terletak di satu sudut dinding di dalam dorm tersebut..Aku tergamam dan lidah aku kelu bahawa kau yang bagi surat tu pada aku,,dan aku mula untuk menangkap bait2 setiap kata yang kau tulis di dalam surat tue,,perlahan2 aku membacanya dan kau tahu saat tu,,aku sangat terkejut aku hanya mampu mengalirkan airmata,,aku tidak sangka ketika saat tue aku perlu mengalas satu bebanan yang besar,,dan memikirkan bagaimana kau menghadapinya,,satu bebanan yang mampukah  aku untuk menghadapinya hari2 tanpa siapa kawan2 yang lain mengetahuinya hanya diri aku sahaja yang mengetahuinya,,aku rasa ujian itu cukup besar buat aku,,

Hari2 yang mendatang aku selalu risaukan diri kau,,aku selalu fikirkan kau,,aku selalu fikirkan pada setiap surat yang kau bagi kepada aku,,hari2 yang tanpa kau hadir di dalam kelas,,apa yang perlu aku katakan pada kawan2 kita yang lain,,pada guru2 yang bertanya dimana kau?? aku hanya membatu di atas kerusi aku dan mendiamkan diri,,aku pandang di tempat duduk kau di dalam kelas kau,tapi kau  tiada di situ..aku hanya mampu memberontak di dalam hati dan menjawap setiap pertanyaan guru di dalam hati..Setiap hari aku perlu tabah untuk mengunci setiap rahsia itu agar tidak terbongkar…Kau tahu,aku terlalu tertekan sebab macam mana aku nak mengheppykan hati kau,nak bagi kan kau kuat semangat setiap hari didalam kelas nak bagi kau selesa tanpa kau runsing dengan setiap benda,,kau bergelak2 didalam kelas tapi disebalik tu,kau hanya luahkan didalam surat yang kau beri,,kau terlalu sayangkan fmily kau dan kau anak sulung dalam keluarga tersbut..Aku turut merasa kesedihan tue,turut merasa apa yang kau rasa..Kau pernah tanya kepadaku macam mana hendak tukar sekolah??tapi hati aku tidak membenarkan benda tu terjadi,,aku tak ingin,,aku tak snggup nak biarkan kau pergi dari depan mata aku…aku perlu memahami mengapa kau perlu pindah sekolah,,perlu pergi dari situ..walaupun berat,tetapi perlu dilepaskan jua..

Hasree,,aku mohon maaf,andai aku pernah menitiskan airmata aku dihadapan kau sebab aku sudah tidak mampu untuk menanggung sedih..Aku tahu kau turut kecewa sebab aku perlu menunjukkan wajah sedih aku dihadapan kau..maafkan aku…kau lah lelaki seorang yang tabah,,maafkan aku kerna membiarkan airmata kau mengalir dan membuat kawan2 yang lain tertanya…maafkan aku sekali lagi…

Form 5 kau tiada didalam kelas,,kau sudah berpindah ke sekolah baru,,aku tidak tahu kau bagaimana apakah keadaan kau,,kau hanya meninggalkan aku sekeping gambar dan nombor telefon kau kepada aku…Memang terasa apabila kau tiba2 tiada..kerana kehilangan kau bagi aku sangat terasa..sumpah!! aku rindukan kau,,,sampai sekarang aku rindukan kau..Setiap kali aku balik kampung,kau akan pnggil nama aku dan selepas itu kau menyorok di sebalik langsir.. “kecik,,kecik,,kecik”..apabila aku pandang ke tingkap umah kau ,,aku hanya tersenyum sebab kau menyorok di sebalik langsir bilik kau,,Kau tahu x? aku rindukan semua tue…Tapi lama kelamaan aku jarang balik kat situ,,kau sudah tiada? Setiap kali aku keluar atau aku sampai aku akan pandang setiap tingkap rumah kau,,andai ada kau disitu,,,tapi kau tiada,suara kau tidak ada lagi,,hanya gelap gelita…Kau sudah pindah?? Ya ALLAH, di mana aku nak cari kau??? Aku malu hendak menanya jiran2 kau di mana?? Aku biarkan segalanya pergi,,



Hasree,,aku harap kau sihat2 selalu,,tapi sudah terlambat untuk aku memberitahu satu perkara kepada kau,,bahawa aku terlalu sayangkan kau….Adakah satu perpisahan nie suratan di dalam kehidupan,,dan aku mengharapkan satu kebetulan kita bertemu kembali….aku harap masa itu kau masih mengingati diriku ini..setiap ketawa yang dicipta bersama kawan2 yang lain tak pernah aku lupakan diri kau..Aku harap aku boleh sampai rindu aku kepada kau dan membuatkan hati kau terdetik untuk memikirkan aku..Aku dah penat untuk mencari diri kau..Andai ada jodoh kita bertemu kembali..Aku akan pegang setiap ayat2 yang kau beri…Terima kaseh kerana kau memberi aku kepercayaan..Terima kaseh kerana memahami aku…Aku undurkan diri untuk menaipkan segala kata yang tersimpan lama….
Kau masih ingat lagi gambar nie???

Nukilan Hati,



0 Said Something Friend :)
Kau masih ingat lagi gambar nie???

Nukilan Hati,




newer post older post